Cara Besarkan Dan Matangkan Telur (Ovum) Wanita Supaya Peluang Hamil Meningkat
Tiada seorang wanita pun yang tidak ingin digelar ibu oleh anak kandung sendiri. Setiap pasangan yang berkahwin tentu sekali tidak sabar-sabar untuk menimang cahaya mata khususnya kaum wanita. Tetapi bukan semua bernasib baik disahkan bunting pelamin. Ada yang terpaksa menanti bertahun-tahun. Salah satu masalah yang ketara ialah saiz telur wanita yang kecil atau tidak matang. Jadi hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana cara untuk besarkan dan matangkan telur wanita supaya peluang hamil semakin meningkat.
Saiz telur yang matang ialah di antara 17mm hingga 21mm. Ada juga pendapat mengatakan di antara saiz 12mm hingga 25mm. Banyak faktor yang menyebabkan saiz telur tidak mencapai peringkat matang. Antaranya disebabkan oleh:
- kegemukan
- pemakanan
- masalah kesihatan
- genetik
- hormon yang tidak stabil
Untuk artikel kali ini, saya akan berkongsi dengan anda faktor terakhir penyebab saiz telur yang tidak normal iaitu masalah hormon yang tidak stabil.
Untuk memastikan tahap kesuburan wanita berada dalam keadaan seimbang,hormon-hormon yang terlibat perlu berada dalam keadaan stabil. Ada empat hormon yang menentukan saiz telur yang besar dan matang iaitu :
- Folicle Stimulating Hormone (FSH) = membantu memacu kematangan folikel atau sel telur. Ia juga membantu meningkatkan hormon estrogen kepada wanita
- Luteinizing Hormone (LH) = berfungsi untuk mengeluarkan ovum daripada ovari
- Estrogen = diperlukan untuk membesarkan telur terutama penyediaan tempat untuk telur membesar
- Progesteron = diperlukan untuk mematangkan telur. Ia juga membantu penempelan yang kukuh buat bayi dalam rahim
Jika salah satu daripada empat hormon di atas bermasalah, ianya akan menyebabkan kehamilan sukar berlaku dan kekerapan keguguran berlaku jika disahkan hamil.

Ovum (telur) yang dibebaskan oleh Follicle
Rawatan Untuk Besarkan Dan Matangkan Saiz Telur Wanita
Rawatan paling popular adalah pil kesuburan yang dinamakan Clomid. Ia bertindak untuk menggalakkan pembentukan dan pertumbuhan folikel dalam ovari dengan harapan ia akan membesar dan matang, seterusnya berlakulah ovulasi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang clomid dan cara ia bertindak boleh klik disini
Namun, ramai juga wanita yang masih juga gagal hamil setelah mengambil clomid untuk beberapa cycle. Kebiasaannya ia terjadi kepeda pesakit PCOS, wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dan juga mereka yang ada masalah diabetis. Untuk pengetahuan anda, clomid tidak boleh diambil dalam tempoh yang panjang.
Masih Gagal Hamil Walaupun Sudah Mengambil Clomid?
Memang ramai saya temui wanita yang sangat kecewa kerana masih juga gagal hamil setelah mencuba clomid. Apa yang saya mampu katakan bukan semua ikhtiar sesuai dengan setiap individu, Ada yang sesuai dengan cara A, ada yang sesuai dengan cara B. Jadi, anda perlu terus berusaha tanpa ada rasa putus asa. Di samping itu, teruskan berdoa sungguh-sungguh dari Allah swt.
Wanita yang mempunyai masalah saiz telur yang kecil dan tidak matang disarankan untuk mengambil makanan daripada sumber kalsium, kekacang, madu dan kurma. Hindari kafein, makanan segera dan minuman bergas.
0 ulasan: