Cara Besarkan Dan Matangkan Telur (Ovum) Wanita Supaya Peluang Hamil Meningkat

Tiada seorang wanita pun yang tidak ingin digelar ibu oleh anak kandung sendiri. Setiap pasangan yang berkahwin tentu sekali tidak sabar-sabar untuk menimang cahaya mata khususnya kaum wanita. Tetapi bukan semua bernasib baik disahkan bunting pelamin. Ada yang terpaksa menanti bertahun-tahun. Salah satu masalah yang ketara ialah saiz telur wanita yang kecil atau tidak matang. Jadi hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana cara untuk besarkan dan matangkan telur wanita supaya peluang hamil semakin meningkat.

Saiz telur yang matang ialah di antara 17mm hingga 21mm. Ada juga pendapat mengatakan di antara saiz 12mm hingga 25mm. Banyak faktor yang menyebabkan saiz telur tidak mencapai peringkat matang. Antaranya disebabkan oleh:
  1. kegemukan
  2. pemakanan
  3. masalah kesihatan
  4. genetik
  5. hormon yang tidak stabil
Untuk artikel kali ini, saya akan berkongsi dengan anda faktor terakhir penyebab saiz telur yang tidak normal iaitu masalah hormon yang tidak stabil.
Untuk memastikan tahap kesuburan wanita berada dalam keadaan seimbang,hormon-hormon yang terlibat perlu berada dalam keadaan stabil. Ada empat hormon yang menentukan saiz telur yang besar dan matang iaitu :
  1. Folicle Stimulating Hormone (FSH) = membantu memacu kematangan folikel atau sel telur. Ia juga membantu meningkatkan hormon estrogen kepada wanita
  2. Luteinizing Hormone (LH) = berfungsi untuk mengeluarkan ovum daripada ovari
  3. Estrogen = diperlukan untuk membesarkan telur terutama penyediaan tempat untuk telur membesar
  4. Progesteron = diperlukan untuk mematangkan telur. Ia juga membantu penempelan yang kukuh buat bayi dalam rahim
Jika salah satu daripada empat hormon di atas bermasalah, ianya akan menyebabkan kehamilan sukar berlaku dan kekerapan keguguran berlaku jika disahkan hamil.
 
Ovum (telur) yang dibebaskan oleh Follicle

Rawatan Untuk Besarkan Dan Matangkan Saiz Telur Wanita

Rawatan paling popular adalah pil kesuburan yang dinamakan Clomid. Ia bertindak untuk menggalakkan pembentukan dan pertumbuhan folikel dalam ovari dengan harapan ia akan membesar dan matang, seterusnya berlakulah ovulasi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang clomid dan cara ia bertindak boleh klik disini
 
Namun, ramai juga wanita yang masih juga gagal hamil setelah mengambil clomid untuk beberapa cycle. Kebiasaannya ia terjadi kepeda pesakit PCOS, wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dan juga mereka yang ada masalah diabetis.  Untuk pengetahuan anda, clomid tidak boleh diambil dalam tempoh yang panjang.

Masih Gagal Hamil Walaupun Sudah Mengambil Clomid?

Memang ramai saya temui wanita yang sangat kecewa kerana masih juga gagal hamil setelah mencuba clomid. Apa yang saya mampu katakan bukan semua ikhtiar sesuai dengan setiap individu, Ada yang sesuai dengan cara A, ada yang sesuai dengan cara B. Jadi, anda perlu terus berusaha tanpa ada rasa putus asa. Di samping itu, teruskan berdoa sungguh-sungguh dari Allah swt.
Wanita yang mempunyai masalah saiz telur yang kecil dan tidak matang disarankan untuk mengambil makanan daripada sumber kalsium, kekacang, madu dan kurma. Hindari kafein, makanan segera dan minuman bergas.
 

Pra-IVF SAYA


Penantian selama 5 tahun 5 bulan tidak membuah kan apa-apa hasil dari cinta kami, maka saya dan suami memutuskan untuk melakukan IVF setelah melakukan (IntraUterine Insemination-IUI) sekitar bulan June 2015 gagal. Itu adalah IUI pertama saya yang mana kos nya menelan belanja sekitar RM1700.00 di Hospital Pantai bersama doctor favorite saya iaitu Dr. Adilah. Mengikut teori doktor bedasarkan penelitian beliau kemungkinan besar tiub folopian saya sempit, teori ini diambil bedasarkan test Hysterosalphingogram (HCG) yang mana pernah saya lakukan di Hospital Tawakal sekitar awal tahun 2015 di atas saranan beliau. Saya tidak pasti kenapa saya diminta melakukan ujian tersebut di hospital lain bukan di Hospital Pantai sendiri, saya yakin doktor yang merawat saya sangat pakar dan mahu yang terbaik untuk pesakit nya jadi saya hanya menurut perintah tanpa banyak tanya :) .

Apa itu IVF??? ermm saya bukan pakar untuk meneangkan hal ini secara terperinci tetapi apa yang pasti teknik ini mempnyai peluang yang lebih tinggi untuk saya dan suami menimang zuriat sendiri. Untuk tahu lebih lanjut boleh Klik Disini banyak info dan tips yang berguna dar beliau untuk mereka yang sedang mencuba (TTC).

Ok!! jom saya share sedikit pengalaman saya di peringkat awal melalui fasa pra-IVF. Sekitar November 2015 saya dan suami mula memikirkan untuk melakukan IVF ataupun dikenali sebagai In Vitro Fertilization jadi kami pun berjumpa dengan doctor favorite saya dan kami mula berbincang, kami bukan lah kes pertama beliau, terus terang saya kata kan beliau sangatlah pakar dan mempunyai ilmu yang sangat tinggi tetapi orangnya sangat merendah diri dan lemah lembut pertuturannya.

Mula-mula sekali dia mengira kitaran haid saya, jujurnya kitaran haid saya sangatlah tidak teratur cycle period saya pernah sampai 60 hari.. ermmm serius saya pun buntu dengan badan sendiri :'( .. setelah mendapat kiraan yang tepat baru lah rawatan IVF boleh dijalankan tetapi proses IVF saya tertunda agak lama kerana kesilapan saya yang skip dua kali perjumpaan dengan doctor dan kerana hujung tahun doctor bercuti panjang (kena faham la kan doctor pun ada family so cuti sekolah la masa dia nak bersama anak-anak). Apabila masuk Januari 2016, doctor mula mengira semula kitaran haid saya memang tungang langan ada sekali tu tiba-tiba  kitaran period saya 28 hari hahahaha.. tak sempat ambil ubat dah ada evolution kan so terpaksa mula dari awal semula Alhamdulillah pada Mac 2016 dinding rahim dan telur saya dapat dipantau rapi oleh doctor.

Appoinment pada 21/3/2016 - Telur saya membesar sebanyak 15mm dan dinding Rahim saya juga sudah menebal jadi doctor berikan ubat Norculut dan Progenova untuk diambil dalam dos yang berbeza.

28/3/2016 -  Ubat Norculut telah habis diambil mengikut kata doctor saya akan menerima period selepas beberapa hari kemudian and yes!! saya period 6 hari kemudian.

3/4/2016 - Hari pertama saya menerima haid dan sebelum itu doctor telah berpesan agar menghubunggi beliau melalui aplikasi Wutsapp (zaman dah maju) jika haid datang supaya beliau dapat mengajar langkah-langkah berikutnya. Episod cucuk mencucuk diri sendiri bermula.

4/4/2016 - Saya perlu menyuntik Pergoveris selama 5 hari. Suntikan Pergoveris ni agak leceh, jika suntikan pertama diambil pada jam 6:00 pagi maka suntikan kedua juga perlu diambil sekitar jam yang sama (disiplin sangat penting) dan begitu juga seterusnya. Ubat ini juga perlu dibancuh sendiri sebelum disuntik tapi tidak lah serumit mana sebab anda akan diajar caranya. hari pertama maybe agak sukar tapi kata orang 'alah bias tegar biasa'.

8/4/2016 - Berjumpa semula doctor untuk scan.

Kos setakatnya lebih kurang RM5500.00 termasuk ubat dan consultation doctor. Saya akan update lagi dari masa ke semasa. Ini saja setakat ini.. Good Night dan idea saya pun dah kering.

Senarai Hospital Kerajaan Yang Menjalankan Prosedur IVF di Malaysia

 

Senarai Hospital Kerajaan Yang Menjalankan Prosedur IVF di Malaysia

 
 
Berikut adalah senarai Hospital Kerajaan yang menjalankan prosedur IVF bagi pesakit. Di ingatkan tidak semua nombor talefon dan faks yang terdapat di bawah adalah talian terus jabatan O&G.
Mengikut pemahaman saya bedasarkan pengalaman dan penceritaan dari kawan-kawan yang menjalankan prosedur IVF di hospital kerajaan, anda perlu menghubungi jabatan O&G tersebut untuk mendapatkan khidmat nasihat awal dan tempahan giliran. Tidak dinafikan kos prosedur IVF di hospital kerajaan lebih murah tetapi bergantung kepada bajet tahunan jabatan tersebut, seandainya  jabatan O&G di hospital tersebut kehabisan bajet bagi tahun tersebut maka pesakit perlu mengambil giliran untuk tahun seterusnya, jadi bertindak lah segera!!!

HOSPITAL KERAJAAN

HOSPITAL KUALA LUMPUR
DEPARTMENT OF OBSTETRICS & GYNAECOLOGY
Head of Department : Dr. Noraihan binti Nordin
Phone: 03-26155555 Ext 5450
Fax : 03-26948980
Email: obstetrik.hkl@moh.gov.my

HOSPITAL WANITA & KANAK-KANAK LIKAS SABAH
DEPARTMENT OF OBSTETRICS & GYNAECOLOGY
Head of Department : Dr. Soon Ruey
Phone: 088-522600
Fax : 088-438512
Email: drsoonruey@sbh.gov.my

HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH ALOR SETAR KEDAH
DEPARTMENT OF OBSTETRICS & GYNAECOLOGY
Head of Department : Dato' Dr Mohd Rushdan B Mohd Noor
Phone: 04-7406233
Fax : 04-7350232/0233
Email: hsb@moh.gov.my.

RAWATAN IVF DI MALAYSIA

 
RAWATAN IVF DI MALAYSIA
 
saya harap info yang akan saya tulis ini akan sedikit sebanyak memberi manafaat kepada puan-puan sekelian.

Di Malaysia terdapat lebih kurang 35 premis yang mengendalikan perkhidmatan IVF. Dari jumlah ini 31 berada di sektor swasta dan 3 di sektor kerajaan mengikut zon. Hospital yg menawarkan perkhidmatan IVF di sektor kerajaan adalah Hospital Kuala Lumpur, Hospital Likas dan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Di bawah perkhidmatan kerajaan puan memerlukan rujukan ke hospital dan doktor akan menilai kesesuaian puan untuk rawatan ini. Kos di hospital kerajaan adalah rendah berbanding di perkhidmatan swasta kerana pihak kerajaan telah memberi subsidi ubat-ubatan. Kos di hospital kerajaan adalah sekitar 5 ribu (anggaran). Walaubagaimanapun pesakit terpaksa menunggu giliran kerana kes rujukan yang banyak dan coverage luas mengikut zon. Secara purata waktu menunggu adalah sekitar setahun.

Terdapat beberapa kriteria yg telah ditetapkan utk membolehkan seseorang menjalani prosedur IVF. Antaranya;
1. Warganegara Malaysia
2. Mempunyai indikasi yang disahkan oleh doktor untuk prosedur IVF
3. Ibu sihat untuk hamil
4. Berusia di bawah 42 tahun
5. Tidak mempunyai anak dalam perkahwinan ini
Ada juga beberapa kriteria lain mengikut hospital seperti berat badan wanita, status merokok wanita dan suami dan juga nilai darah FSH untuk menilai simpanan telur wanita.
Saya menasihatkan wanita yang mengalami masalah kesuburan berjumpa doktor pakar untuk mendapat penilaian dan memulakan rawatan secepat mungkin.

Peratus kejayaan IVF bergantung kepada beberapa faktor seperti usia wanita, masalah yg menyebabkan beliau tidak hamil dan juga makmal/pusat di mana IVF dilakukan. Pada seorang wanita muda dalam 30 an peratus kejayaan IVF boleh menghampiri 50% manakala untuk wanita berusia 40 dan ke atas peratusnya mungkin hanya 10% sahaja.

Semoga puan2 sekelian berjaya dalam usaha mencapai impian mempunyai zuriat dalam kehidupan. Jangan putus asa berdoa kepada Allah swt yang memberikan rezeki kepada hambanya. Nabi Zakaria tidak pernah putus asa sehingga akhirnya beliau dikurniakan cahayamata begitu juga Nabi Ibrahim yang tidak pernah putus asa sehingga akhirnya Allah kurniakan Nabi Ismail dalam kehidupannya.